fbpx

RFID boleh menyebabkan kanser?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ada sesetengah golongan mendakwa pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) mempunyai radiasi yang boleh menyebabkan kanser.

Bagaimanapun, dakwaan skeptikal itu telah ditepis oleh Public Health Malaysia (PHM).

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, PHM memaklumkan ketika ini, pelekat RFID tidak terbukti menjadi masalah kepada kesihatan fizikal dan juga kanser.

Malah kata PHM, terdapat banyak kajian ketika ini menggunakan teknologi RFID digunakan di dalam chip untuk kajian merawat kanser.

“RFID juga boleh digunakan untuk sistem kesihatan dan hospital.

“Tagging, tracking menjadi lebih mudah dan ini membantu di dalam melindungi keselamatan pesakit semasa menerima rawatan di hospital,” katanya di Facebook.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI