fbpx

Bukan bayar harian tapi penuh tambang bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Tiada istilah bayaran harian atau separuh bulan sebaliknya ibu bapa perlu membayar tambang bas sekolah sepenuhnya bagi Januari hingga Mac ini.

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Mohd. Haron Mohd. Sidik berkata, para pelanggan perlu memahami cara kutipan bayaran secara bulanan telah digunapakai sejak zaman Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Pelanggan perlu sedia maklum, pengusaha-pengusaha bas sekolah juga perlu membuat bayaran penuh seperti pinjaman bank atau kredit, gaji pemandu, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“PBSSPKL ingin memaklumkan tiada pengecualian tambang disebabkan oleh sistem penggiliran atau cuti sekolah,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat ibu bapa tidak mahu membayar yuran perkhidmatan bas sekolah ekoran kerana sistem penggiliran yang digunakan Kementerian Pendidikan (KPM) melibatkan kehadiran pelajar ke sekolah, bermula 9 Januari lalu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Penyatuan Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) memberitahu, PBSSPKL juga tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan tambang sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2022 yang akan bermula pada 21 Mac depan.

Justeru, Mohd. Haron menjelaskan perbincangan perlu dilakukan antara pengusaha dan pelanggan agar wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI