fbpx

Tipu pembelian minuman keras, 3 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Mahidisham

KUALA LUMPUR – Seramai tiga lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam penipuan pembelian minuman keras bernilai RM79,604.40 di lokasi berasingan sekitar Lembah Klang pada 14 dan 15 Januari lalu.

Difahamkan, suspek juga bertindak licik dengan membuat tempahan minuman keras edisi koleksi yang mampu mencecah RM15,000 sebotol sebelum mengemukakan resit pembayaran palsu kepada mangsa.

Mangsa yang juga seorang pekerja syarikat minuman keras di Jalan Klang Lama telah terpedaya dengan tindakan suspek sebelum menyerahkan 56 botol minuman keras menerusi tiga siri penghantaran kurier.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas tidak menerima sebarang bayaran daripada suspek.

“Mangsa telah membuat satu laporan polis pada 13 Januari lalu dengan menyatakan kerugian sebanyak RM79,604.40 melibatkan sebanyak 56 botol minuman keras.

“Bertindak atas laporan, polis telah membuat beberapa siri tangkapan terhadap tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun di sekitar Lembah Klang,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tangkapan tersebut telah berjaya menemui semula 39 botol minuman keras pelbagai jenama yang bernilai RM52,000.

“Baki minuman keras yang tidak ditemui tersebut dipercayai telah diminum suspek bersama rakan-rakannya.

“Modus operandi suspek ialah dengan membuat tempahan sebelum mengemukakan resit palsu kononnya wang telah dimasukkan. Minuman keras yang diterima kemudian akan dijual dengan harga yang lebih murah termasuk untuk kegunaan sendiri,” jelasnya.

Katanya, ketiga-tiga tangkapan terdiri daripada seorang penghantar kurier, suspek utama yang juga seorang pengganggur dan pembeli.

“Semakan mendapati, suspek utama berusia awal 40-an mempunyai empat rekod jenayah membabitkan penipuan manakala dua lagi tiada rekod jenayah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI