fbpx

Wanita kongsi kesan gigitan kucing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kesan gigitan kucing liar hingga tangan seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi satu kisah di mana dia mendakwa telah digigit seekor kucing jalanan sehingga terpaksa melakukan pembedahan pada bahagian tangannya.

Wanita tersebut yang menggunakan akaun media sosial zawani.zakaria turut berkongsi beberapa gambar perjalanan keadaannya selepas digigit oleh kucing terbabit.

“Gara-gara selamatkan kucing liar di lebuh raya, sampai kena operate (bedah), beginilah saya mulakan tahun baru 2022,” jelasnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ada juga dalam kalangan mereka turut menceritakan tentang pengalaman yang pernah dialami masing-masing.

“Adik saya pernah alami benda sama, tapi tak ada la kena buat pembedahan macam ni. Tapi betul memang kena jangkitan kuman.

“Adik saya kena cakar dengan kucing liar di kakinya, lama juga baru sembuh,” jelas Ika Farhana.

“Gigitan atau cakar kucing memang berbisa. Kalau boleh cepat-cepat basuh dengan air bersih, jangan biar lama-lama.

“Kalau melarat terus jumpa doktor. Risau kalau ada jangkitan yang lagi teruk. Orang diabetes paling kena berhati-hati,” jelas Issey Chiku pula. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI