fbpx

Doktor bantu wanita lahir anak dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu dipindahkan ke tempat duduk di kelas perniagaan setelah melahirkan anak. – Dr. Aisha Khatib

ENTEBBE, UGANDA – Seorang doktor dari Kanada menceritakan kegembiraannya setelah berjaya membantu seorang wanita melahirkan anak ketika berada dalam sebuah penerbangan ke Uganda pada 5 Disember tahun lalu, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Dr. Aisha Khatib yang merupakan seorang professor di Universiti Toronto ketika itu berada kira-kira sejam dalam penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Entebbe. 

Beliau membantu seorang pekerja asing dari Arab Saudi untuk melahirkan anak pertamanya ketika usia kandungan mencecah 35 minggu. 

Walaupun kepenatan dengan jadual kerja yang padat di Toronto, Dr. Khatib tidak teragak-agak untuk menawarkan diri setelah kru bertanya sama ada terdapat doktor di dalam pesawat. 

“Saya melihat penumpang dan kru berkumpul di sekeliling pesakit. Saya fikir ada mangsa kritikal seperti serangan jantung,’’ kata Dr. Khatib kepada BBC News. 

“Ketika semakin dekat, saya melihat seorang wanita berbaring di tempat duduk dengan kepala menghala ke lorong dan kaki menghala ke tingkap. Bayi itu juga dilihat sedang keluar,” jelasnya. 

Beliau dibantu oleh dua penumpang lain, seorang jururawat onkologi dan seorang pakar pediatrik dari organisasi Doktor Tanpa Sempadan (MSF).

Kesemua penumpang dan kru pesawat bertepuk tangan setelah mereka berjaya membantu wanita tersebut melahirkan anak.

Bayi itu dinamakan sebagai Miracle Aisha sempena nama doktor itu. Dr. Khatib turut menghadiahkan bayi itu seutas rantai emas yang dipakainya dengan nama Aisha dalam bahasa Arab tertulis padanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI