fbpx

Suspek kes jual sijil vaksinsi palsu kembali direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kiri) dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

MARANG – Tidak sampai 24 jam selepas dibebaskan, doktor klinik swasta yang disyaki dalang kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu ditahan semula polis semalam.

Suspek berusia 51 tahun kemudiannya ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan lanjut kes terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, perintah reman itu dibenarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Suspek utama tersebut ditahan semula di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. Kuala Terengganu pada pukul 12 tengahari semalam.

“Penahanan itu bagi membantu siasatan laporan polis yang dibuat seorang pengadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! 11 Januari lalu melaporkan kegiatan seorang doktor klinik swasta membekalkan sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan anti vaksin sejak September tahun lalu terbongkar dalam serbuan di Marang pada 8 Januari lalu.

Siasatan awal percaya suspek berusia 51 tahun itu yang direman selama lima hari sehingga kelmarin mengenakan caj antara RM400 hingga RM600 bagi setiap sijil vaksinasi palsu itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI