fbpx

Hakim Mahkamah Tinggi boleh semak keputusan Mahkamah Rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel Iskandar dibawa anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret di sini semalam.

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Tinggi boleh menyemak semula sebarang hukuman yang diputuskan mahkamah rendah jika berpendapat ianya berlebihan atau kurang sesuai daripada undang-undang sedia ada.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, berkata perkara itu dibolehkan di bawah undang-undang sedia ada untuk meneliti  semula rekod kes terlibat.

“Memang ada kemungkinan boleh. Terpulang kepada Hakim Mahkamah Tinggi masing-masing jika mendapat tahu daripada laporan akhbar atau mana-mana sumber jika mereka berpendapat bahawa keputusan itu agak berlebihan atau kurang sesuai daripada undang-undang sedia ada.

“Maka dibolehkan di bawah undang-undang untuk panggil rekod tersebut untuk buat keputusan berdasarkan kuasanya menyemak keputusan mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Selayang terhadap seorang remaja lelaki kerana cuba mencuri tabung masjid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI