fbpx

AADK sedia bantu pulihkan Daniel Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sutekno

PETALING JAYA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersedia untuk membantu dan merawat Daniel Iskandar, 19, yang tular dimandikan ala ‘jenazah’ selepas ditangkap kerana mencuri tabung di Masjid Al-Islahiah, Kuang, baru-baru.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, pihak AADK bersedia untuk membantu remaja berkenaan termasuk mana-mana pihak yang terjebak dengan penagihan dadah atau substan.

“Kita terpanggil untuk membantu remaja tersebut selepas kejadian dia dimandikan tular dan siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu bertindak mencuri duit tabung masjid disyaki untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

“Pada masa sama, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati remaja terbabit positif dadah jenis syabu,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, remaja berkenaan boleh mengikuti perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan pihak AADK menerusi fasiliti sama ada melalui Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), perkhidmatan di daerah, Pusat Khidmat AADK dan Rumah Komuniti AADK.

“Ini termasuklah, perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) yang berdaftar dengan AADK.

“Selain itu, AADK turut menyediakan perkhidmatan secara sukarela menerusi Puspen atau program pemulihan dalam komuniti yang tidak memerlukan klien berada di dalam Puspen,” ujarnya.

Tegas beliau, semua kemudahan tersebut terbuka kepada warga tempatan yang terjebak dengan masalah penagihan dadah yang ingin mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Pun demikian, AADK berpendapat agensi yang berkaitan juga perlu digerakkan bagi memastikan masalah sosial dan ekonomi remaja terbabit dapat diselesaikan segera agar masalah sama tidak berulang,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI