fbpx

Penjawat awam harus ikhlas sumbang bakti kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semangat ingin bertugas dan menyumbang bakti dengan tulus ikhlas kepada rakyat perlu terpahat dalam kalangan semua penjawat awam di negara ini.

Itu antara pesanan akhir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman kepada pegawai dan kakitangan awam sebelum menamatkan tanggungjawabnya bagi jawatan tersebut pada 15 Januari ini.

Menurutnya, generasi seusia dengan beliau pada hari ini sudah semakin sedikit bilangannya, namun legasi dan semangat untuk berbakti perlu diteruskan oleh generasi penjawat awam pada masa kini.

“Semangat untuk berkhidmat dan menyumbang bakti secara ikhlas perlu sentiasa disuburkan kerana kita tidak mahu melihat generasi muda penjawat awam lebih mementingkan kemudahan yang mereka terima daripada sumbangan yang mereka berikan.

“Kelangsungan semangat untuk berkhidmat dengan ikhlas boleh direalisasikan dengan usaha berterusan untuk meningkat dan menambah baik perkhidmatan yang diberikan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan pegawai-pegawai di JPA bahawa mereka perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan nilai kepada kerja harian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI