PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau mengucapkan selamat berkempen kepada kesemua calon PH sambil mengingatkan supaya tidak hanya tertumpu kepada usaha meraih undi, sebaliknya menjadi medan untuk membela nasib rakyat.
Menurut beliau, setiap calon perlu bekerja keras, menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta membuktikan bahawa politik yang beradab mampu mengatasi politik kebencian.
“Insya-Allah, apabila kita ikhlas membela nasib rakyat Johor, mereka akan membuat pilihan yang tepat demi masa depan negeri tercinta,” katanya.
Anwar turut menyertakan petikan Surah Ali ‘Imran yang menyeru umat Islam bertawakal kepada Allah selepas berusaha dan berazam.
Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Johor memberikan sokongan kepada PH pada PRN kali ini demi membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih baik dengan slogan ‘Johor Ke Depan. Undi Harapan’.
Berikut adalah senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor:
1. N.01 Buluh Kasap – Rozy Razit
2. N.02 Jementah – Ng Kor Sim
3. N.03 Pemanis – Jake Lee En Xiang
4. N.04 Kemelah – Mohd Afif Abd Hamid
5. N.05 Tenang – Elia Nadira Sabudin
6. N.06 Bekok – Tay Yok Jiuen
7. N.07 Bukit Kepong – Mani
8. N.08 Bukit Pasir – Mohd Najib Lep
9. N.09 Gambir – Hj Mohd Nor Mohd Yusof
10. N.10 Tangkak – Ei Chin Li
11. N.11 Serom – Hj Ahmad Nazari Abd Hamid
12. N.12 Bentayan – Ng Yak Howe
13. N.13 Simpang Jeram – Ir Nazri Abd Rahman
14. N.14 Bukit Naning – Md Ysarhrudin
15. N.15 Maharani – Muhammad Taqiuddin Cheman
16. N.16 Sungai Balang – Soraya Badaruddin
17. N.17 Semerah – Mohd Khuzzah Abu Bakar
18. N.18 Seri Medan – Cikgu Hishamuddin
19. N.19 Yong Peng – Yong Hui Yi
20. N.20 Semarang – Ramli Abd Hamid
21. N.21 Parit Yaani – Md Ezam Md Taslim
22. N.22 Parit Raja – Shazwan Zainal Abidin
23. N.23 Penggaram – Felicia Poh Rui Ling
24. N.24 Senggarang – Onn Abu Bakar
25. N.25 Rengit – Mohamad Yazid Bakri
26. N.26 Machap – Nor Hafiz Roslan
27. N.27 Layang-Layang – Guna Balakrishnan
28. N.28 Mengkibol – Chu Poh Yee
29. N.29 Mahkota – Ahmad Zuhan Mohd Zain
30. N.30 Paloh – Dr Ruban Arumugam
31. N.31 Kahang – Mohd Sabri Abd Kadir
32. N.32 Endau – Saiful Nizam Samat
33. N.33 Tenggaroh – Md Yusof Dawam
34. N.34 Panti – Ahmad Daniel Sharudin
35. N.35 Pasir Raja – Fakhruddin Moslim
36. N.36 Sedili – Amirul Husni Onn
37. N.37 Johor Lama – Danish Rahman
38. N.38 Penawar – Mohd Sawaludin Salleh
39. N.39 Tanjung Surat – Faizul Abdul Ghani
40. N.40 Tiram – Nor Zulaila Abd Ghani
41. N.41 Puteri Wangsa – Dr. Maszlee Malik
42. N.42 Johor Raya – Lee Wern Ying
43. N.43 Permas – Teo Siew Hui
44. N.44 Larkin – YB Suhaizan Khaiat
45. N.45 Stulang – Andrew Chen Kah Eng
46. N.46 Perling – Alan Tee Boon Tsong
47. N.47 Kempas – Faezuddin Puad
48. N.48 Skudai – Kartiyani Jeyapalan
49. N.49 Kota Iskandar – Dzulkefly Ahmad
50. N.50 Bukit Permai – Mohamad Shafwan Ani
51. N.51 Bukit Batu – Arthur Chiong Sen Sern
52. N.52 Senai – Wong Bor Yang
53. N.53 Benut – Abdul Razak Ismail
54. N.54 Pulau Sebatang – Haniff Hosman
55. N.55 Pekan Nanas – Yeo Tun Siong
56. N.56 Kukup – Cheah Chee Hong- KOSMO! ONLINE














