fbpx

Agong, permaisuri zahir takziah buat keluarga Shebby Singh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan takziah yang disiarkan di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh yang telah meninggal dunia semalam.

Istana Negara menerusi laman Facebooknya memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, mendiang semasa zaman kegemilangannya pernah bermain di posisi pertahanan dan beraksi buat skuad kebangsaan bermula dari tahun 1982 hingga 1991.

Mendiang pernah beraksi dalam tiga Kejohanan Sukan Asia pada tahun 1982, 1986 dan 1990 dan pernah memenangi pingat emas ketika Sukan SEA 1989.

Mendiang pernah beraksi bersama skuad bola sepak negeri Pahang pada era 80-an. Mendiang juga pernah beraksi bersama pasukan Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

Mendiang juga merupakan generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan ibu kota memenangi hatrik Piala Malaysia dari tahun 1987 hingga 1989.

Selepas bersara sebagai pemain, mendiang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada tahun 2012. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI