fbpx
Muhammad Azim memberi penerangan kepada PKS dan pelabur dalam satu sesi BNR di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wealthpier sasar pelaburan lebih RM3 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Wealthpier Berhad (Wealthpier) mengunjurkan pelaburan lebih daripada RM3 juta pada tahun ini melalui usaha suai padan antara pemilik syarikat dengan pelabur bagi meningkatkan nilai serta daya saing bagi mana-mana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Muhammad Azim Ishuddin berkata, sasaran berkenaan mampu dicapai melalui penganjuran Business Network Roadshow (BNR) dengan mengumpulkan PKS dengan pelabur dalam satu majlis yang diadakan dilokasi strategik di pusat bandar.

Menurut beliau, program tersebut bertujuan untuk membina rantaian perniagaan dalam kalangan syarikat yang mahu menjalin kerjasama bagi me­ningkatkan kebolehpasaran, daya ­saing serta nilai perusahaan masing-masing.

“Wealthier menjadi platform kepada usahawan dan pelabur untuk bekerjasama melalui idea serta padanan perniagaan baharu.

“Sebelum ini, tiga PKS di bawah bimbingan kami telah berkongsi idea dan model bisnes, sekali gus memberi pe­luang kepada pelabur yang berminat untuk memiliki ekuiti syarikat berkenaan.

“Tiga syarikat tersebut adalah Myt Edutech Berhad (Myt Edutech), Siam Oasis dan Womentum,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pe­nganjuran BNR dalam satu majlis makan malam gala bertempat di Star Boulevard KLCC baru-baru ini.

Mengulas lanjut, melalui kerjasama suai padan dengan pelabur, Myt Edutech, sebuah syarikat pengurusan tuisyen swasta telah berjaya mengumpul dana untuk suntikan modal sebanyak RM1 juta bagi perancangan pengembangan perniagaan masa depannya.

“Kami akan menganjurkan BNR pada pertengahan tahun ini bagi memberi peluang kepada lebih banyak PKS dan pelabur bekerjasama untuk mengukuhkan lagi daya saing perusahaan masing-masing,” jelas Muhammad Azim.

POPULAR