fbpx
Johari.

Keyakinan pelabur bukti keberkesanan pentadbiran Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejayaan negeri Johor merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia pada tahun lalu mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, ia sekali gus mencerminkan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri Johor yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

“Johor mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan kadar pertumbuhan KDNK tertinggi berbanding seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2025, sebanyak 8 peratus. Kejayaan ini mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap ekonomi Johor serta keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Beliau berkata, BN akan terus berkhidmat dengan lebih baik jika terus diberi kepercayaan rakyatnya.

“Sekiranya terus diberikan mandat, BN akan terus berkerja lebih kuat untuk membangunkan Johor dan hasil kemajuan dapat dinikmati oleh seluruh rakyatnya. Dalam masa yang sama, berikan sokongan kepada calon BN Dewan Undangan Negeri Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN