fbpx

Tiada kes sijil vaksinasi palsu di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Akmal Kamarudin (dua dari kiri) pada majlis penyerahan sumbangan alat bantuan pernafasan (ventilator) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Tiada kes pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19 dilaporkan di Perak setakat ini, namun pemantauan sentiasa dijalankan bagi mengelak ia berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, setakat ini tiada laporan sijil vaksinasi palsu di negeri ini diterima.

“Bagaimana pun, diharapkan pekara sebegini tidak berlaku serta pemantauan daripada jabatan berkaitan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

“Kementerian Kesihatan dan polis akan bekerjasama dalam memantau dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pemalsuan sijil palsu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan sumbangan alat bantuan penafasan (Ventilator) daripada Bandaraya Nanning, China melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI