fbpx

Penubuhan PBM tak beri kesan kepada Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pemulihan Negara bagi tahun 2022.

PUTRAJAYA – Penubuhan Parti Bangsa Malaysia yang diluluskan akhir Disember lalu tidak memberi kesan yang besar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal ini kerana pemimpin parti tersebut bukan terdiri daripada ahli Bersatu.

“Mereka yang memimpin itu sebenarnya tidak sertai Bersatu. Larry Sng (Ahli Parlimen Julau) dahulunya bekas PKR tetapi menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Begitu juga Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau). Yang di Perak (Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A. Sivasubramaniam) saya dengar dia sokong YB Peja (Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tetapi tidak tahu dalam rekod dia jadi ahli Bersatu atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI