fbpx

Feri bot laju dari Butterworth ke Pulau Pinang bertolak lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan feri penumpang pejalan kaki bagi trip pertama dari Butterworth ke bahagian pulau akan bertolak setengah jam lebih awal iaitu pada pukul 6.30 pagi bermula esok.

GEORGE TOWN – Perkhidmatan feri penumpang pejalan kaki bagi trip pertama dari Butterworth ke bahagian pulau akan bertolak setengah jam lebih awal iaitu pada pukul 6.30 pagi bermula esok selaras dengan pembukaan sesi persekolahan.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, sebelum ini trip pertama dari Butterworth ke Pulau Pinang bertolak pada pukul 7 pagi kerana jumlah penumpang tidak begitu ramai ekoran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kini, dengan kerjasama pihak Penang Port Sdn Bhd, trip perkhidmatan feri telah diawalkan pada pukul 6.30 pagi bermula esok untuk memberi kemudahan kepada mereka yang akan memulakan sesi persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, jadual perkhidmatan feri penumpang pejalan kaki tersebut juga akan dipinda mengikut keperluan semasa dan juga permintaan orang awam bagi memastikan hanya perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada orang ramai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI