fbpx

Mak cik selamba jemur pakaian di pagar rumah orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan wanita itu sedang menggantung pakaian pada pagar sebuah rumah mewah. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita status ‘mak cik’ tular di media sosial kerana berani menjemur pakaian pada pagar sebuah rumah mewah, lapor laman berita Suara.com.

Video kejadian itu dimuat naik menerusi akaun TikTok @eddosyach. 

Ketika kejadian, seorang wanita yang memakai ‘baju kelawar’ dilihat sedang menyidai pakaian pada pagar sebuah rumah mewah.

Sebuah ampaian penuh dengan pakaian turut diletakkan di hadapan pagar itu. 

Kelihatan beberapa helai pakaian sudah siap disidai pada pagar berkenaan. Setelah selesai menjemur pakaian, dia kemudiannya berjalan mundar mandir sebelum meninggalkan tempat itu.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

“Kenapa jemur pakaian di pagar rumah orang. Berani betul,” tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI