fbpx

Cedera ditetak penyamun masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pergelangan kaki kiri mangsa hampir putus selepas ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh semalam. FOTO: IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Seorang lelaki nyaris putus pergelangan kaki kirinya selepas ditetak dengan sebilah parang oleh lelaki bertopeng dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Bunut Rendang, Pasir Puteh semalam.

Dalam kejadian pukul 2.20 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun turut mengalami luka di bahu dan belakang badan sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan seterusnya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa yang sedang tidur di dalam bilik didatangi seorang lelaki berpakaian hitam dan bersarung tangan dengan membawa parang.

“Suspek menetak mangsa sebelum mengambil barangan berharga termasuk telefon pintar. Jiran mangsa yang melihat kejadian itu turut diacukan pistol,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shafien, suspek kemudian mengarahkan jiran mangsa masuk ke rumah mangsa sebelum melelarikan diri dengan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza.

Ujarnya, jiran mangsa segera menghubungi polis sebelum rakannya membuat laporan pada hari sama.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI