fbpx

Lepas isu pawagam, kek batik keras kejung Ameera Khan pula dipersoal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameera dikecam netizen gara-gara menjual kek batik LMK yang keras kejung dan kering.

PETALING JAYA – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan paling sesuai dilemparkan buat adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera khan.

Belum habis cerita mengenai tindakannya yang merakam babak filem dalam pawagam, Ameera atau lebih dikenali sebagai The Little Khan (LMK) sekali lagi menjadi sasaran netizen selepas dikecam mengenai kek batik LMK yang dijualnya.

Menerusi satu ciapan dalam Twitter, seorang netizen bengang dan mempersoalkan tekstur kek batik yang dikatakan sangat kering dan tidak moist (lembab) seperti yang diperkatakan.

Video berdurasi lima saat itu jelas memperlihatkan biskut yang digunakan dalam kek batik tersebut tidak disaluti mentega dan milo.

“Kek batik jenis apa kering keras kejung macam tu?.

“Sumpah keras kejung dan berkecai, berderai bila pindahkan atas pinggan,” ciap pengguna itu.

Video tersebut turut dikongsikan Ameera dalam InstaStory miliknya selepas dimuat naik salah seoarang pelanggannya namun telah diturunkan semula beberapa jam kemudian.

Menjengah ruangan komen dalam ciapan tersebut, rata-rata netizen turut berkongsi foto hasil kek batik buatan masing-masing sekali gus menemplak kek batik LMK yang dijual Ameera.

“Bila orang kaya sibuk nak jual kek batik, lepas tu jual dengan harga kayangan. Tekak pun kering lepas tengok video ni,” komen netizen.

Semalam, Ameera, 20, menerima kecaman ramai apabila bertindak merakam dan memuat naik beberapa klip filem House Of Gucci yang belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia dalam InstaStorynya.

Tindakannya itu didedahkan seorang pengguna media sosial dalam Twitter bernama Arsya Ridzuan yang kemdudiannya membuat aduan secara terbuka menerusi satu ciapan kepada Twitter rasmi syarikat panggung wayang tempatan, Golden Screen Cinema (GSC).

GSC kemudian memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap Ameera kerana merakam tanpa kebenaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI