fbpx

32 kenderaan potong barisan kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kereta yang disaman JPJ selepas didapati memotong barisan di Bulatan Seberang Jaya di Seberang Perai semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 32 saman terhadap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri dengan memotong barisan di persimpangan lampu isyarat Bulatan Seberang Jaya di sini semalam.

JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, menerusi operasi itu, pasukan dari Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) melaksanakan penguatkuasaan kesalahan di bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu memotong di sebelah kiri jalan.

Kata kenyataan itu, penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan kerana banyak pengguna jalan raya didapati gagal mematuhi peraturan lalu lintas tersebut terutama di waktu puncak sehingga menyebabkan laluan di sebelah kiri jalan terganggu dan menjadi sesak.

“Tindakan segelintir pemandu yang pentingkan diri sendiri dan sikap tidak sabar di jalan raya menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya lain yang boleh mengundang risiko kemalangan sekiranya tidak diambil tindakan penguatkuasaan segera.

“Sepanjang operasi yang diadakan pada sebelah pagi, sebanyak 32 saman dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan tersebut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan tersebut menambah, pengguna jalan raya dinasihati supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya supaya pemanduan lancar, selamat serta mengelakkan kemalangan dan kesulitan semasa pemanduan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI