fbpx

4 jam mampu jejak pencetak rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga kiri) menyampaikan Johan Anugerah Inovasi KPDNHEP 2021 kepada Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP, Azman Adam (dua kanan) pada Majlis Aspirasi Tahun Baru 2022 KPDNHEP di Putrajaya.di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : AMREE AHMAD (UTUSAN)

PUTRAJAYA – Lanun cetak rompak filem atas talian diberi amaran yang mereka kini mampu dijejaki seawal empat jam sahaja sebaik kandungan itu dimuat naik dalam medium internet.

Peringatan itu disuarakan oleh Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam ke atas penjenayah siber tersebut.

“Setakat ini paling lama maksimum 48 jam, namun kita juga pernah dapat kesan cepat sekitar empat jam sebelum bertindak sekat atau padam kandungan itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Aspirasi Tahun Baharu 2022 dengan penyampaian ucapan amanat oleh menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di kementerian itu hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan Pelancaran Program Cyber Copyright Enforcement (CyCore) yang diwujudkan bahagian tersebut bagi membanteras jenayah pelanggaran hak cipta digital.

Ia mendapat kerjasama daripada lebih 50 rakan strategik termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), platform e-dagang serta pihak penyedia perkhidmatan internet (ISP).

Mengulas lanjut, Azman berkata, tempoh sehingga 48 jam itu adalah masa paling lama susulan pihaknya perlu mencari bukti terlebih dahulu selepas dimaklumkan oleh pemilik hak cipta.

“Kami perlu semak dengan SKMM, ISP dan sebagainya yang boleh menyebabkan berlaku kelewatan sedikit, tetapi dijamin tidak boleh lebih daripada had masa ditetapkan itu,” tegasnya.

CyCore ujarnya, sudah melalui banyak siri pengujian sepanjang tahun lalu bersama pemilik yang menyertainya dengan 298 laman sesawang telah disekat dan 1,418 kandungan dipadam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI