fbpx

BNM keluarkan kertas perbincangan untuk insurans, takaful digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan Kertas Perbincangan Mengenai Rangka Kerja Pelesenan untuk Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital.

Gabenor BNM,  Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kertas perbincangan tersebut menggariskan rangka kerja yang dicadangkan untuk pelesenan penanggung insurans dan pengendali takaful digital (digital insurers and takaful operators, DITO) baharu bagi menggalakkan inovasi digital dalam sektor insurans dan takaful.

Menurutnya, kertas perbincangan itu  bakal menjadi pelengkap kepada inisiatif bank mengenai bank digital dan pendigitalan sektor kewangan.

“Cadangan rangka kerja ini bertujuan untuk menarik minat peserta digital baharu yang boleh menawarkan penyelesaian inovatif.

“Ia juga mampu menangani jurang perlindungan kritikal dalam segmen pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan dan segmen yang kurang mendapat perkhidmatan serta menambah baik pengalaman pelanggan selain  mempertingkatkan keyakinan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Nor Shamsiah menerangkan, rangka kerja ini akan menggunakan pendekatan yang seimbang dan fokus utamanya adalah untuk menggalakkan inovasi yang lebih signifikan di samping menggalakkan kestabilan kewangan serta melindungi kepentingan pengguna.

Selain itu, tambah beliau, kertas perbincangan tersebut merangkumi keperluan penyertaan seperti kriteria dalam penilaian permohonan dan keperluan modal serta mengkaji model perniagaan baharu misalnya perkongsian risiko.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI