fbpx
Wafi.

JKM kesan waris Wafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang kematian ibu kandungnya pada September tahun lalu dikesan bagi urusan penempatan, kebajikan dan penjagaannya.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, kanak-kanak yang dikenali Wafi berusia 11 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen kelahiran atau pengenalan diri.

Katanya, ibu kandung kanak-kanak berkenaan iaitu Saidah Madeeyoh yang merupakan warga Thailand meninggal dunia pada 14 September lalu.

Bapa kandungnya juga warga Thailand meninggal dunia ketika Wafi berusia lima tahun.

“Kanak-kanak itu pernah menetap di Rantau Panjang, Kelantan bersama arwah ibunya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia kemudiannya dijaga individu lain tanpa sebarang dokumen kelahiran atau pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Hasnizam Hassim ditalian 03-78422584/ 78422587. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN