fbpx

‘Abang Raja’ tawar khidmat baiki motosikal percuma di Dengkil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki yang menawarkan khidmat baiki motosikal percuma kepada mangsa banjir di Dengkil.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir, seorang pengusaha bengkel motosikal menawarkan perkhidmatan membaik pulih kenderaan itu secara percuma.

Menerusi perkongsian di laman sosial, pengusaha bengkel motosikal di Dengkil itu telah turun padang di sekitar kawasan itu bagi memaklumkan perkhidmatan yang ditawarkannya.

Dikenali sebagai Raja, lelaki terbabit memaklumkan mangsa banjir yang mengalami kerosakan motosikal akibat banjir boleh membawa kenderaan masing-masing ke bengkelnya.

Menurut Raja, bengkelnya terletak berdekatan sebuah pejabat pos di Dengkil dan pihaknya akan membaiki motosikal yang rosak ditenggelami air secara percuma sehingga ia boleh dihidupkan semula.

Katanya, ia membuka tawaran membaik pulih itu kepada semua yang terjejas dengan banjir.

“Abang-abang semua yang mana motosikal tenggelam banjir, datang sahaja ke bengkel Raja di Dengkil di hadapan pejabat pos.

“Kita akan baiki, cuci, servis semua sampai motosikal itu ‘hidup’ balik. Kita buat secara percuma, semua orang boleh datang,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji sikap lelaki tersebut yang sanggup menawarkan perkhidmatan percuma kepada mangsa banjir yang kini dalam kesusahan.

“Terima kasih bro, pelbagai cara kalau kita nak bantu orang lain, mungkin hari ini kita bantu orang, lain kali orang bantu kita balik,” kata Muslim Mohd.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Turbo Garage.

“Semoga bisnes tuan makin maju dan diberkati. Terima kasih kerana sudi membantu mangsa banjir di Dengkil,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI