fbpx

Nor Azman GCEO baharu Takaful Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mengumumkan persaraan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) pada 31 Disember 2021 selepas menerajuinya sejak 2007.

Pada masa sama, Nor Azman Zainal diumumkan sebagai GCEO baharu berkuatkuasa 1 Januari 2022.

Pengerusi Takaful Malaysia, Datuk Mohammed Hussein berkata, bagi pihak Lembaga Pengarah, Badan Penasihat Syariah dan kakitangan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohamed Hassan atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau.

“Kami juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Nor Azman sebagai GCEO baharu dengan pengalaman luas dari kedua-dua latar belakang industri aktuari dan insurans yang kami percaya bakal memainkan peranan penting dalam mengendalikan Takaful Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Nor Azman

Nor Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Sains Aktuari dari City University, London.

Beliau tidak asing dalam industri insurans dan takaful serta pernah memegang pelbagai peranan pengurusan kanan sepanjang 24 tahun kerjayanya dalam industri insurans hayat, takaful keluarga dan institusi kewangan multinasional.

“Pelantikan Nor Azman menandakan perjalanan menarik untuk Takaful Malaysia dalam menyelami perubahan transformasi dan Lembaga Pengarah akan bekerjasama dengannya untuk merebut peluang pasaran dan mengembangkan perniagaan kami.

“Wawasan dan perspektif inovatif beliau akan menjadi nilai tambah yang besar kepada pasukan ketika Kumpulan menumpukan perhatian pada pelaksanaan strategi, meneruskan fokus untuk melayani pelanggan dan rakan kongsi perniagaan serta memberi pulangan mampan kepada pemegang saham,” tambah Mohammed Hussein. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI