fbpx

ResQ UPSI terima sumbangan kelengkapan untuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim (kiri) bersama rakan Pasukan ResQ UPSI bersedia bergerak ke lokasi menggunakan peralatan baharu yang diterima daripada para penyumbang.

TANJUNG MALIM – Kesungguhan Pasukan ResQ Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu mangsa banjir di beberapa lokasi mendorong orang ramai terus memberi sumbangan sebagai tanda sokongan serta prihatin.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md. Amin Md. Taff mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin menyokong inisiatrf Pasukan ResQ UPSI membantu mangsa banjir.

“Semua yang menyumbang sangat kami hargai dan ini membakar semangat sukarelawan UPSI untuk bergerak ke lokasi-lokasi yang memerlukan sumbangan tenaga untuk mencuci rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau melahirkan kebanggaan atas kesanggupan kakitangan dan pelajar yang berkorban masa dan tenaga demi keprihatinan membantu mangsa banjir.

Sementara itu, Ketua Unit Penajaan dan Sumbangan Pasukan ResQ, Naim Rehman berkata, beberapa penyumbang membeli tiga unit pam air bertekanan tinggi (waterjet) untuk kegunaan lasak bagi tujuan pembersihan rumah mangsa banjir.

Katanya, turut diterima satu unit compressor untuk kegunaan membersih serta satu unit set generator untuk membekalkan elektrik sekiranya kawasan yang diziarahi terputus bekalan.

“Peralatan waterjet lama sebelum ini digunakan secara optimum dalam operasi banjir di Pahang sejak 19 Disember hingga hari ini,” ujarnya.

Mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada Tabung UPSI Prihatin boleh disalurkan ke akaun 08068010003264 (Bank Islam Malaysia Berhad). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI