fbpx

Boleh didenda jika didapati langgar perintah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasanuddin (kiri) didakwa melanggar perintah kuarantin di rumah selepas melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd. Yunus boleh didenda RM1,000 sekiranya beliau didapati melakukan kesalahan melanggar perintah kuarantin di rumah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melakukan siasatan terhadap dakwaan beliau melanggar perintah kuarantin di rumah selepas melakukan lawatan rasmi ke luar negara.

Katanya, Hasanuddin ada membuat permohonan untuk pengecualian kuarantin bagi menghadiri persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki untuk perjalanan 8 hingga 12 Disember.

“Beliau menghadiri persidangan tersebut bersama tiga lagi wakil dan pengecualian kuarantin itu diberikan kerana protokol ujian dan pelepasan untuk perjalanan rasmi.

“Namun, Pusat Tindak Balas dan Kesiapsiagaan Krisis (CPRC) menerusi emel pada 20 Disember kepada beliau mengeluarkan perintah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, Hasanuddin tiba di negara ini pada 22 Disember jadi, pengecualian kuarantin yang diterima sebelum ini telah ditolak sekali gus beliau diminta melakukan kuarantin di rumah.

“Justeru kita sedang menyiasat perkara ini, di mana beliau telah pergi… ke Turki, Iran dan Pakistan serta di mana sahaja beliau telah berada. “Sekiranya benar beliau melanggar perintah kuarantin di rumah, beliau boleh didenda RM1,000,” katanya.

Terdahulu, Hasanuddin dikritik oleh rakyat Malaysia selepas berkongsi gambar beliau berada di sebuah pergunungan Iran pada akaun Facebook sedangkan pada waktu itu, kawasan di Hulu Langat dilandar banjir. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI