fbpx

Terbuka Australia makin suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENCIC menjadi pemain terbaharu disahkan positif Covid-19 menyebabkan peluangnya untuk beraksi di Terbuka Australia samar. – AFP

LONDON – Saingan Grand Slam Terbuka Australia mungkin menjadi suram apabila ramai pemain telah membuat keputusan menarik diri selepas terdedah jangkitan Covid-19, selain mengalami kecederaan.

Terbaharu, Belinda Bencic dan jaguh tenis Tunisia, Ons Jabeur disahkan positif Co­vid-19 sejurus pulang daripada menyertai perlawanan pertunjukan di Abu Dhabi.

Kelmarin, Rafael Nadal yang turut menyertai aksi di Abu Dhabi turut dijangkiti wabak pembunuh tersebut, sekali gus belum dapat pastikan penyertaannya di Melbourne, Australia itu nanti.

Bencic dan Jabeur mengakui, mereka berdua telah mengambil suntikan vaksin, malah kini mendedahkan tahap kesihatannya mula menurun selepas mengalami gajala yang sangat kuat.

“Saya sedang mengasingkan diri dan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk ­me­ng­atasi masalah ini sebaik mungkin.

“Ketika ini saya mengalami simptom yang agak teruk iaitu demam, sakit, menggigil. Saya harap keadaan saya bertambah baik selepas ini,” kata Bencic.

Sementara itu, pemain ran­king No.32 dunia, Karolina Muchova menarik diri menyertai Terbuka Australia selepas meng­akui kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya.

Pemain berusia 25 tahun tersebut mengalami kecede­raan sewaktu tersingkir pusi­ngan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September lalu.

Selain Muchova, Jennifer Brady, Karolina Pliskova, Serena Williams dan Bianca Andreescu turut diketepikan untuk beraksi di Terbuka Australia yang membuka tirai pada 17 hingga 30 Ja­nuari 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI