fbpx

Banjir: Rujuk KPDNHEP sebelum beli bekalan runcit pukal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan memantau harga barangan dalam Program Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2021 Peringkat Negeri Kelantan di sebuah pasar raya di Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU- Badan bukan kerajaan (NGO) yang membeli barangan runcit untuk sumbangan kepada mangsa banjir dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mendapatkan bekalan bantuan secara pukal.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd. Rahman berkata, langkah itu bagi mengelakkan bekalan makanan di kawasan setempat terputus ekoran peruncit menyimpan stok terhad.

“Kita akan bantu pihak NGO bagi mendapatkan bekalan secara pukal dan memberi cadangan tempat yang sesuai bagi mengelakkan stok terputus.

“Meskipun kita masih belum menerima sebarang laporan mengenai pihak peniaga yang terputus bekalan ekoran belian secara pukal setakat ini, kita tetap sarankan agar pihak NGO merujuk kepada KPDNHEP untuk membuat pembelian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan sempena Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2021 Peringkat Negeri Kelantan di sebuah pasar raya di Kubang Kerian di sini hari ini.

Dalam kunjungan terbabit, Adnan turut memantau harga jualan barangan kawalan di pasar raya berkenaan yang merupakan lokasi tumpuan orang ramai ekoran harga jualan barangan berpatutan dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak KPDNHEP.

Dalam perkembangan sama, menurut Adnan, pihaknya turut melakukan pemantauan setiap hari berhubung bekalan barangan runcit dan harga barangan di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI