fbpx

Banjir: Elak pembaziran, lebihan sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) menyampaikan sijil kepada pelajar tahfiz Yayasan Islam Kelantan semasa Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-11, Tahun 2020 di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Pihak yang terlibat untuk membantu mangsa banjir termasuk badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyelaraskan dan menguruskan kerja-kerja bantuan dengan baik.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu bagi memastikan sebarang bentuk bantuan mengikut keperluan dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran sumbangan atau tidak terurus.

“Dalam mesyuarat penyelarasan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, beliau menyebut sumbangan itu diselaraskan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan menyusun bantuan mengikut lokasi dan bentuk bantuan yang patut diberikan.

“Berdasarkan situasi banjir ketika ini, saya melihat keperluan adalah untuk mencuci kawasan banjir dan sumbangan makanan pula sudah melebihi apa yang sepatutnya mereka perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-11, Tahun 2020 Yayasan Islam Kelantan di Hotel The Grand Renai di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau menasihatkan pihak berkenaan dan NGO yang ingin menyumbang supaya menyelaraskan usaha mereka dengan mengikut arahan agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Berdasarkan pengalaman semasa banjir besar di Kelantan tujuh tahun lalu, banyak pakaian diletakkan di tempat yang tidak munasabah.

“Alhamdulillah, setakat ini banjir di negeri ini tidak besar. Hanya bah di Rantau Panjang yang masih belum pulih,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI