fbpx

Afghanistan hasilkan 85 peratus bekalan candu dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petani Afghanistan menuai getah candu dari ladang popi di daerah Gereshk di Helmand. - AFP

KABUL – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan dalam laporannya bahawa negara Afghanistan menghasilkan 85 peratus bekalan  candu dunia, lapor laman berita Wion News semalam.

Menjelang 2021, Afghanistan juga menjadi pembekal kepada 90 peratus bekalan heroin global dan 95 peratus bekalan dadah berkenaan di Eropah. 

Di Afghanistan, kawasan tanaman pokok popi yang menjadi sumber penghasilan candu adalah lebih luas daripada kawasan tanaman pokok koka di rantau Amerika Latin.

Afghanistan merupakan negara pengeluar dadah haram terbesar dunia sejak tahun 2001.

Kumpulan Taliban yang berasal dari Pakistan, mengawal sebahagian besar kawasan penanaman pokok popi, menjadikannya sebagai kartel dadah paling berkuasa di dunia.

Kumpulan Taliban menguruskan dan mengutip cukai pengeluaran dadah jenis opioid itu selain mengawasi eksport dan melindungi  rangkaian penyeludupan dadah.

Ini adalah kritikal untuk memastikan kewujudan jangka panjang kumpulan tersebut.

Afghanistan menghasilkan sekitar 6,800 tan candu semasa musim menuai sebelumnya yang berakhir pada Julai lalu.

Menurut satu laporan oleh Pejabat Hal Ehwal Dadah dan Jenayah PBB  (UNODC) baru-baru ini, angka 6,800 tan itu merupakan peningkatan lapan peratus berbanding 2020.

UNODC menganggarkan Afghanistan akan menjana pendapatan antara AS$1.8 bilion (RM 7.58 bilion) hingga AS$2.7 bilion (RM11.4 bilion)  tahun ini hasil perdagangan candu. Jumlah tersebut merangkumi 10 peratus hasil ekonominya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI