fbpx
Foto seorang lelaki membawa keluar kotak dipercayai berisi ketuhar dari sebuah pasaraya yang dipecah masuk oleh mangsa banjir tular di media sosial.

Pecah masuk kedai: Lelaki dikecam ambil barang elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sekeping foto memaparkan seorang lelaki mengangkat kotak dipercayai berisi sebuah ketuhar tular di media sosial hari ini.

Foto tersebut yang dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Pen Dakwat Hitam dipercayai diambil ketika kejadian mangsa-mamgsa banjir bertindak memecah masuk sebuah pasaraya di Shah Alam baru-baru ini ekoran terputus bekalan makanan akibat banjir.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan individu terbabit kerana mengambil barang bukan keperluan seperti makanan dan minuman.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang menasihatkan agar orang ramai tidak terlalu cepat membuat spekulasi kerana tidak dapat dipastikan apakah isi di dalam kotak tersebut.

“Pemilik Mydin dah kata dia halalkan orang yang ambil barang untuk kelangsungan hidup. Kalau betul dia ambil oven (ketuhar) itu, memang tidak patut,” kata Dean.

“Waktu begini macam-macam ujian tuhan kirimkan. Malang betul kalau sudah ditimpa musibah pun mahu buat dosa,” kata Sheikh.

“Bersangka baik, mungkin dia keluarkan oven dan isi kotak dengan barang keperluan seperti makanan. Guna kotak boleh bawa banyak sikit,” kata Elroy.

Terdahulu, polis mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam kelmarin. – K! ONLINE

POPULAR