fbpx

Hampir 18,000 PKS terjejas akibat banjir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir 18,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengalami kerosakan teruk akibat banjir besar baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berkata, laporan yang diterima daripada ahli-ahlinya memaklumkan bahawa ia melibatkan kerosakan teruk pada kenderaan kenderaan, jentera dan stok yang melibatkan jutaan ringgit

“Kami bersyukur kerana kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah menawarkan pinjaman sehingga RM500,000 dengan faedah rendah kepada PKS yang terjejas.

“Namun demikian, kami meminta pihak kerajaan untuk mengambil langkah seterusnya dengan mengumumkan moratorium bebas faedah selama tiga bulan untuk pembayaran balik pinjaman dari PKS yang terjejas,” katanya.

Ng menerangkan,  kerajaan dan pihak polis juga diharap dapat memastikan agar kejadian pecah kedai dan gudang yang dilaporkan tidak akan berulang lagi.

“Kami juga merayu kepada syarikat insurans untuk memproses sebarang tuntutan dengan secepat mungkin.

“Bencana ini telah berlaku pada masa yang sukar untuk perniagaan  apabila PKS kita baru bangkit semula selepas sekatan-sekatan sebelum ini,” jelasnya.

Selain itu,  Ng memberitahu, Pasukan Petugas Samenta untuk  banjir Lembah Klang telah diaktifkan dan pihaknya menghantar bekalan kepada isi rumah yang terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI