fbpx
Jaslinda ketika tiba di Kem Batu Core pada pagi 24 Mei lalu.

Nazri Bah Eng ‘penyelamat’ Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih ditemui selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh pada pukul 3 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemui oleh Nazri Bah Eng sebelum memaklumkan penemuan itu kepada anak saudaranya yang berada di Johor supaya melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Ketika ini, mangsa berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, JBPM Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi, komuniti Orang Asli, sukarelawan serta orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Terima kasih atas segala doa, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang operasi ini berlangsung,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Maklumat yang dikeluarkan JBPM berhubung penemuan Jaslinda hari ini.

Maklumat penemuan mangsa itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin.

Tedahulu, tular gambar dipercayai Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan berkenaan.

Operasi SAR untuk mengesan Jaslinda diaktifkan pada 25 Mei lalu selepas wanita itu hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain dan dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN