fbpx

220 cerun kritikal berisiko tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Exco kerajaan negeri, Datuk Suraya Yaacob (kanan) dan Hisamuddin (dua dari kiri) melihat telaga tiub sumber air bawah tanah di LRA Tupah di Merbok hari ini.

SUNGAI PETANI – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan sebanyak 220 cerun kritikal yang berisiko berlaku tanah runtuh pada musim tengkujuh.

Ketua Pengarahnya, Hisamuddin Termidi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 122 cerun kritikal itu diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

“Lokasi tersebut sebagai contoh di Lembah Klang, berlaku kejadian bencana terutama banjir yang berlaku baru-baru ini iaitu di Sungai Penchala yang agak teruk dan banyak kemusnahan.

“Selain itu kawasan berisiko terlibat antaranya di Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat serta Jalan Genting Peras-Kuala Klawang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan Telaga dan Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) daripada JMG kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di Loji Rawatan Air Tupah di Merbok dekat sini hari ini.

Berhubung kejadian tanah runtuh dan kepala air di Pahang, kata beliau, pasukannya akan memasuki kawasan tersebut untuk tindakan dan siasatan.

“Bagi kejadian di Pahang, setakat ini aksesibiliti menjadi satu isu kepada kita,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI