fbpx
Gambar hiasan

Suami lafaz cerai lepas ‘kantoi’ curang dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik Najihah Othman.

Menurutnya, dia mula berasa curiga dengan tindakan suaminya sejak tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.

“Untuk pengetahuan semua, saya telah diceraikan oleh bekas suami pada 5 Disember 2021 asbab orang ketiga.

“Jangan minta saya buang status ini dan ia bertujuan untuk mendapatkan keadilan untuk saya dan anak. Biarlah netizen nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini,” katanya.

Tambah Najihah, bekas suaminya mula menghubunginya sejak tiga hari lepas untuk memohon maaf, tetapi dia masih belum dapat menerimanya dan menganggap perbuatan yang dilakukan sangat keji.

Sementara itu, rata-rata orang ramai yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Moga kuat adik. Memang tak mudah. Moga adik beroleh kekuatan dan kesabaran,” kata Zahidah Hosman.

“Ya Allah, menggigil kita baca. Kuatnya awak Jiha. Semoga Allah permudahkan urusan awak anak beranak,” kata Afiqah Karim.

Allah uji orang yang mampu dan kalau bukan di dunia, akhirat pasti dia mendapat pembalasan setimpal. Semoga awak tabah dan dipermudahkan urusan bersama anak dan keluarga,” kata Amila Adzeem. – K! ONLINE

POPULAR