fbpx

Kim Jong-kook buktikan tak guna steroid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

LELAKI sebenar. Demikian respons peminat selepas penyanyi Kim Jong-kook tampil berani mempertahankan diri apabila membuktikan dirinya tidak mengambil bahan terlarang untuk membina badan.

Terdahulu, Jong-kook pernah dituduh oleh seorang jurulatih kecerdasan dan YouTuber Kanada bahawa dia menggunakan steroid untuk mendapatkan bentuk badan sasa.

Dalam sebuah video terbaharu menerusi saluran YouTubenya, penyanyi lagu One Man itu berkongsi proses dia menjalani ujian doping.

Ujian tersebut dikendali dan dijalankan di sebuah institusi, Sports Medicine Research and Testing Laboratory (SMRTL) cawangan Korea Selatan.

Keputusan menunjukkan, anggota Running Man itu bersih daripada penyalahgunaan bahan terlarang seperti steroid.

“Secara peribadi, ini waktu yang sangat menyakitkan untuk saya. Dia kata saya salah. Tapi bagi orang yang melalui dan menghadapi waktu sukar sebegini, ujian ini adalah untuk mereka yang mempercayai saya,” katanya.

Pun begitu, Jong-kook tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Dia dipuji kerana menggunakan wang yang sepatutnya digunakan untuk proses undang-undang dengan menyalurkannya kepada orang yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI