fbpx

Cuaca buruk di tiga buah negeri Pantai Timur sepanjang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di seluruh negeri Kelantan, Terengganu serta dua kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, dijangkakan kesemua kawasan berkenaan berlaku hujan lebat berterusan sepanjang hari ini.

Peta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca waspada tahap kuning melibatkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Turut terlibat adalah negeri Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Manakala bagi negeri Pahang, ia melibatkan kawasan Lipis, Jerantut dan Pekan dan kesemua kawasan ini dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari ini.-K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI