fbpx

Ibu budak maut jatuh kondominium didakwa abai anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) keluar dari Mahkamah Sesyen sambil diiringi anggota polis di sini hari ini

SELAYANG – Seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak kandung lelakinya yang maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di sini November lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya berusia 5 tahun 7 bulan telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium Jalan Lebuh Raya Selayang-Kepong di sini antara pukul 9.40 pagi hingga 10.48 pagi pada 17 November lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar mencadangkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh berserta syarat tambahan yang bersesuaian dengan mahkamah.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin itu dengan alasan hanya seorang suri rumah dan tidak mempunyai pendapatan.

“Suami saya hanya bekerja sebagai rider (penghantar), sejak kehilangan arwah anak saya (mangsa) kesihatan saya tidak begitu stabil mohon mahkamah berikan jaminan yang rendah,” kata tertuduh yang turut mempunyai seorang anak berusia empat tahun.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Nor Rajiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan selain dilarang menganggu saksi-saksi pendakwaan.

“Jika syarat jaminan itu dilanggar, jaminan dibatalkan,” kata hakim itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari 2022 untuk sebutan semula kes selain serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil yang berada di tepi tingkap yang tidak dipasang jeriji.

Sejurus selepas kejadian Kosmo! Online pada 18 November lalu melaporkan ibu saudara mangsa berusia 36 tahun direman selama tujuh hari

Ibu saudara mangsa direman ketika itu bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa yang maut terjatuh dari tingkat 16 di kondominium tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI