fbpx

Mayat bayi perempuan dalam tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah berhampiran sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras petang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa dibuang dalam tong sampah di kawasan Flat Bandar Tun Razak, Cheras di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mahu mengambil sampah berhampiran tempat letak kereta bertingkat pada pukul 5 petang.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat bayi perempuan itu.

“Mayat itu kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Idzam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Namun begitu, kita sedang giat mengesan ibu bapa kepada bayi terbabit untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, kes dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI