fbpx
Muat naik sebuah video Elizabeth Tan mencuri perhatian ramai lelaki berbangsa Melayu dalam aplikasi TikTok.

Lizzy tempat kumpul golongan lelaki Melayu miang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah video TikTok terbaharu penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan menjadi tempat perkumpulan golongan lelaki miang terutama, berbangsa Melayu.

Elizabeth atau nama lengkapnya, Elizabeth Tan Su Mei sekali lagi menjadi mangsa ‘kegatalan’ golongan berkenaan yang mudah tercuit perhatian hanya kerana pelantun lagu Knock Knock itu beraksi sedikit seksi.

Menerusi video yang dikongsi, ramai pengikutnya, golongan lelaki mata keranjang terutamanya, menjadi tidak keruan kerana pada aksi awal video berkenaan Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy seolah-olah tidak memakai coli sehingga menampakkan bentuk ‘benjolan’ di bahagian dadanya.

@elizabethtsm

staycation vibes 😛

♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

“Tak buka komen pun tahu dan macam mana vibes dia. Yang ajaibnya, hampir semua yang ‘pause’, ulang banyak kali ini, lelaki Melayu,” tulis seorang pengguna TikTok memberi peringatan.

Seorang lagi netizen lain menulis: “Malunya Ya Allah. Jantan Melayu dalam ini. Ingat surah An-Nur ayat 30 oi.”

Dalam video yang dimuat naik, Lizzy berkongsikan aktiviti hariannya di aplikasi TikTok menunjukkan perbezaan baju yang digayakan ketika di rumah dan sewaktu bercuti.

Biarpun pernah mengeluarkan kenyataan tidak menolak jodoh dengan lelaki berbangsa Melayu apabila menyifatkan mereka sebagai kelakar dan penyayang, Lizzy akhirnya membuatkan ramai gigit jari apabila berkahwin secara senyap-senyap.

Lizzy, 28, mengejutkan ramai apabila mengaku telah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang juga ahli perniagaan bernama Siew Jim, 30, sekitar Mac 2021. – K! ONLINE

POPULAR