fbpx
AHMAD Zahid ketika hadir Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sanjungan Legasi KEJORA Tahun 2025 serta Majlis Sentuhan Kasih KEJORA di Lotus Desaru, Kota Tinggi hari ini.

PRN Johor: Order barang lain dapat barang lain lebih elok – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor, disifatkannya sebagai pilihan tepat pihak istana selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

​Menurutnya, meskipun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad merupakan ‘poster boy’ ketika itu juga seorang pemimpin yang sangat baik, pelantikan Onn Hafiz atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor terbukti tepat untuk negeri Johor.

​”Dalam keadaan teknologi moden sekarang, kita tak perlu pergi ke shopping mall, boleh beli barang secara online. Saya order barang lain, barang lain sampai. Yang faham tak apa, tak faham pun tak apa.

​”Tetapi barang yang saya order lain, barang lain sampai, rupanya barang yang sampai ini jauh lebih baik daripada barang yang diorder.

“Ertinya, Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak salah pilih,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sanjungan Legasi KEJORA Tahun 2025 serta Majlis Sentuhan Kasih KEJORA di Lotus Desaru, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid secara berseloroh sempat mengingatkan pihak media agar melaporkan dengan tepat bahawa kehadiran beliau ke majlis tersebut adalah semata-mata untuk menyampaikan anugerah dan bukannya atas urusan kempen pilihan raya.

​Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu berkata, kehadirannya ke KEJORA adalah atas urusan rasmi kementerian, namun mengakui tidak salah untuk beliau menyantuni jentera dan ‘anak buahnya’ di kawasan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN