fbpx

Harap tiada lagi jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara bakal berdepan ujian sebenar menentang Vietnam malam esok ketika mereka kehilangan empat pemain akibat Covid-19. – FB FAM

SKUAD Harimau Malaya mengharapkan tiada lagi jangkitan Covid-19 menimpa kem negara menjelang pertemuan getir menentang Vietnam pada aksi ketiga peringkat Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki di Singapura malam esok.

Sebagai rekod, persiapan pa­sukan ketika ini sedikit terjejas kerana hanya memiliki 19 pemain yang dibenarkan untuk menjalani latihan selepas empat tonggak, Akhyar Rashid, Quentin Cheng, Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid dikuarantin ekoran positif Covid-19.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengakui ketika ini hanya mampu berdoa agar tiada lagi pemain yang disahkan positif Covid-19 memandangkan pertemuan menentang Vietnam cukup penting dalam menentukan hala tuju skuad negara pada kejohanan kali ini.

“Benar ketika ini kami kekurangan empat pemain yang diarahkan menjalani kuarantin ekoran Covid-19 dan sudah tentu kami tidak mahu ada pemain lain yang disahkan positif memandangkan ujian calitan dilakukan setiap hari.

“Mengenai persoalan kenapa kami membawa 24 pemain sudah saya jelaskan sebelum ini tetapi situasi yang melanda kem negara ketika ini adalah di luar jangkaan dan saya harap baki 19 pemain lagi kekal positif untuk harungi aksi bertemu Vietnam nanti.

“Sementara itu, saya boleh sahkan seorang lagi pemain, Dion Cools akan melaporkan diri bersama skuad negara selepas pertemuan menentang Vietnam ke­rana masih memiliki komitmen bersama kelabnya (Midtjylland),” katanya pada sidang akhbar secara virtual semalam.

Sementara itu, Cheng Hoe turut lega apabila pasukan berjaya meraih mata maksimum selepas merekodkan dua kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Laos 4-0 pada aksi kedua kelmarin.

Kata Cheng Hoe, ujian sebenar sudah tentu untuk aksi bertemu Vietnam yang dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan pada kejohanan ini memandangkan status mereka selaku juara bertahan.

“Saya berpuas hati dengan dua kemenangan yang diraih oleh pa­sukan meskipun tidak sempurna memandangkan pada awal perlawanan pemain dilihat agak gugup. Saya harap beberapa kelemahan tersebut dapat diperbaiki menje­lang ujian sebenar bertemu Vietnam nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI