fbpx

Jahidah perlu jalani pembedahan kedua, dijangkiti kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jahidah yang dijaga adiknya Fauziah Nordin ketika ditemui di rumahnya di Bandar Sri Sendayan, di sini baru-baru ini. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Wanita mangsa keganasan rumah tangga , Jahidah Nordin yang selamat melahirkan bayi lelaki akhir bulan Novemver lalu terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi selepas terdapat jangkitan kuman pada luka tempat yang dibedah.

Adik kepada Jahidah, Fauziah Nordin, 40, berkata, doktor memaklumkan kepada keluarga malam semalam bahawa Jahidah, 43, perlu menjalani pembedahan kedua segera bagi mengelak risiko yang lebih teruk.

“Pembedahan dilakukan pada pukul 9 pagi hari ini kerana tempat yang dibedah sebelum ini dijangkiti kuman.

“Risiko- risiko kali ini tetap sama seperti pembedahan melahirkan bayi, mohon doakan pembedahan Kak Jahidah dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi adiknya, Fazariah Nordin, 38, memberitahu, keluarga agak risau memandangkan Jahidah kini mengalami demam namun keadaannya dilaporkan stabil.

“Doktor beritahu tempat pembedahan ‘czer’ kakak nampak kemerahan dan mereka nak tengok sejauh mana luka kakak.

“Mengikut doktor, pembedahan yang sedang berlangsung sekarang mengambil masa sejam,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam, 30 November lalu.

Bayi yang diberi nama J Eshan Nufail atau mesra dengan panggilan ‘Baby J’ itu sihat dan dilahirkan dengan berat dua kilogram.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Jahidah pada mulanya dimasukkan je Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI