fbpx
Irene Lee (kiri) dan Saraani (tengah) pada majlis pelancaran projek hartanah terbaharu TKB di Gopeng baru-baru ini.

TKB Gopeng Avante tawar rumah teres di bawah RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – Kumpulan Syarikat Team Keris Berhad (TKB) membangunkan projek perumahan berimpak tinggi iaitu TKB Gopeng Avante dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM130 juta.

Timbalan Pengerusi Kumpulan TKB, Datuk Irene Lee berkata, projek pembangunan seluas 21.44 hektar itu merangkumi 158 unit rumah teres setingkat, 177 unit rumah berkembar setingkat dan 24 unit kedai komersial.

“Kesemua unit teres setingkat dan kedai komersial bagi fasa satu telah mencapai jualan penuh pada peringkat awal malah sebelum rumah contoh siap sepenuhnya yang memcerminkan keyakinan tinggi pasaran terhadap projek ini.

“Salah satu keunikan projek ini ialah TKB Kolong Series iaitu konsep seni bina tersendiri yang mentafsir semula elemen kolong tradisional kepada ruang moden pelbagai fungsi,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian TKB Gopeng Avante di Gopeng baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Lee menerangkan, setiap unit rumah bernilai RM288,800 hingga RM428,800 yang berdekatan dengan Pusat Transformasi Bandar (RTC) Gopeng dan jajaran Lebuh Raya Utara-Selatan.

Bersempena pelancaran fasa kedua TKB Gopeng Avante, pembeli rumah berkembar setingkat berharga RM488,800 yang terawal akan menerima ganjaran (diskaun) RM20,000 menjadi RM468,800. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN