fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

‘Para suami tolong jawab, kenapa tak suka post gambar isteri?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kenapa lelaki tak suka ‘post’ (kongsi) gambar isteri dia? Bagi sebab sebelum kami meracau-racau.”

Itu persoalan yang dibangkitkan seorang wanita yang ‘menuntut’ penjelasan mengenai para suami yang disifatkan tidak gemar mempamerkan gambar isteri mereka di media sosial.

“Post sekali-sekala tak apa kot. Gambar dan kapsyen tu kena jaga,” katanya yang menggunakan profil @Dailyco.my di media sosial.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai terutamanya daripada para lelaki yang juga bergelar suami untuk memberikan pendapat masing-masing.

“Dosa, banyak keburukan dan tak ada kebaikan langsung ‘post’ isteri di media sosial,” kata seorang pengguna.

“Elak penyakit ain dan kedua, jaga hati Ain,” usik pengguna yang lain.

“Sebab bila ‘upload’ (muat naik), dia marah ‘upload’ gambar tak cantik. Tapi di mata saya sentiasa cantik. Jadi saya tak tahu mana satu yang tak cantik,” komen @Tibbybear. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN