fbpx

10,000 pekerja Indonesia dibawa masuk bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (dua kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Eksekutif SJ Holding, Shashitharan Raman (kanan) mengenai reka bentuk kuarters pekerja pada Majlis Pelancaran Kuarters Pekerja Berpusat Bersepadu (ICLQ) di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan menjangkakan seramai 5,000 hingga 10,000 pekerja warga Indonesia dihantar untuk bekerja di negara ini pada bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kemasukan pekerja asing itu bakal mengisi keperluan termasuk di sektor pembinaan, pembuatan dan pekhidmatan domestik Indonesia (PDI).

“Kami telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Malaysia dan Indonesia.

“Saya telah mencadangkan 5,000 hingga 10,000 pada peringkat awal termasuk pembantu rumah serta semua sektor lain yang dibenarkan (ke negara ini),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kuarters Pekerja Berpusat Bersepadu (ICLQ) di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Semalam, Saravanan dengan rakan sejawatnya di Indonesia, Ida Fauziyah bersetuju melaksanakan konsep ‘one maid one task’ iaitu seorang boleh berkhidmat bagi isi rumah tidak melebihi enam orang.

Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Malaysia-Indonesia mengenai MoU Pengambilan dan Penempatan PDI akan diadakan pada minggu depan bagi memperincikan perkara tersebut serta membolehkan kedua pihak mencapai kesepakatan agar MoU PDI dapat dimeterai seawal Januari depan.

Dalam pada itu Saravanan berkata, satu Jawatankuasa Khas di bawah Jabatan Tenaga Kerja akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi membela nasib warga kerja PDI.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI