fbpx
Gambar hiasan

7,057 hilang pekerjaan bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Ekonomi memaklumkan seramai 7,057 pekerja negara ini dilaporkan hilang pekerjaan pada April lalu.

Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berjumlah itu meningkat 21 peratus berbanding 5,855 orang pada bulan Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, angka itu lebih rendah berbanding awal tahun iaitu Januari apabila seramai 10,658 orang hilang pekerjaan dan Februari sejumlah 7,512 orang.

“Setiap satu angka itu adalah satu keluarga yang hilang punca pendapatan.

“Kerajaan akan pastikan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau LINDUNG Kerjaya di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berfungsi dengan pantas untuk membantu mereka,” katanya dalam Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN