fbpx

Album baharu TXT pecah rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN TXT.

KUMPULAN TXT memecahkan rekod menjadi satu-satunya artis Korea Selatan yang berjaya menembusi carta The 50 Best Albums of 2021.

Itulah pencapaian terbaik yang diraih kumpulan Tomorrow X Together atau TXT menerusi album The Chaos Chapter: FIGHT OR ESCAPE yang merupakan versi bikin semula daripada album studio kedua, The Chaos Chapter: FREEZE.

Senarai berkenaan dikeluarkan majalah muzik ternama terbitan Amerika Syarikat, Rolling Stones pada 4 Disember lalu untuk 50 buah album terbaik sepanjang tahun 2021.
TXT yang dianggotai lima orang ahli terdiri daripada Yoenjun, Choi Soo-bin, Boomgyu, Hueningkai dan Kang Tae-hyun berhasil menduduki tangga ke-46 dalam senarai tersebut.

Kristine Kwak yang merupakan salah seorang penulis untuk majalah berkenaan berkata, album kumpulan itu mengangkat suara dan magis yang ada pada diri setiap anggota TXT.

Apatah lagi, kelima-lima anggotanya memainkan peranan sama penting dalam penghasilan lagu untuk album berkenaan.

“Mereka membawakan lagu pertama berbahasa Inggeris berjudul Magic. Pada masa sama, TXT meletakkan elemen pop rock dengan kombinasi suara mereka dalam lagu 0X1=Lovesong (I Know I Love Anda),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI