fbpx

Skuad negara perlu buang rasa gemuruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL ZAFUAN

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Radzak mengingatkan pasukan agar kekal tenang dan membuang rasa gemuruh di atas padang menjelang aksi pertama Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki 2020 menentang Kemboja hari ini.

Aidil yang beraksi di posisi pertahanan berkata, status selaku pasukan pilihan pada aksi tersebut tidak memberikan sebarang makna jika barisan pemain leka dan tidak fokus sehingga membuka ruang dan peluang buat skuad lawan.

“Kita akui corak permainan Kemboja sudah berubah kerana pendekatan mereka dari segi taktikal agak berbeza dan sudah tentu saya ingatkan rakan-rakan sepasukan agar berwaspada.

“Pasukan juga sudah meneliti beberapa pemain mereka yang boleh dianggap sebagai ancaman seperti Chan Vathanaka yang pernah bermain pada saingan Liga Malaysia sebelum ini.

“Apa yang penting, saya mahu pemain bersedia sepenuhnya dan bermain tanpa sebarang tekanan memandangkan harapan untuk melakar kemenangan pada aksi pertama sangat tinggi,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut percaya kehadiran muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan tidak akan melemahkan pasukan dalam misi mencapai sasaran ditetapkan.

“Kita akui pasukan kali ini agak berbeza berbanding edisi 2018 kerana kehadiran ramai pemain muda berpotensi. Meskipun ada dalam kalangan mereka baru bermain saingan Piala AFF Suzuki buat pertama kali, saya anggap ia bukan satu masalah.

“Saya bersama pemain se­nior lain seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Baddrol (Bakhtiar), Badak (Shahrul Saad) sentiasa mengingatkan mereka agar buang rasa gemuruh dan kami semua saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI